Tuesday, August 19, 2008

Bengkel Fotografi 2008

Salah satu hasil suntingan En.Bazuki

Menjawab persoalan peserta

Singu (wakil KTDI) bersama En. Bazuki

Satu Bengkel Fotografi bersempena pertandingan dan pameran fotografi "Wajah-wajah Kemerdekaan" Interkolej 2008 telah diadakan di Kolej Kelima pada 18 Julai 2008. KTDI telah menghantar dua orang wakil (Singu & Cuki) sebagai peserta bengkel tersebut. Bengkel ini mengajar teknik-teknik serta peralatan (Lensa) yang sesuai digunakan mengikut keadaan dan situasi. Bengkel ini telah dikendalikan oleh tokoh fotografi terkenal, saudara Bazuki Muhammad (Photojournalist Reuters). Berpegang kepada moto "The Best Lens is My Eyes", beliau tidak lokek berkongsi pengalaman beliau sepanjang 20 tahun terlibat dalam dunia fotografi. Selain itu, beliau juga sempat menayangkan multimedia yang memaparkan 200 gambar terbaik yang berjaya disunting oleh beliau. Bengkel tersebut diakhiri dengan pertanyaan soalan oleh para peserta kepada beliau. Ternyata pengalaman serta ilmu yang ada pada beliau dapat membantu para peserta dalam menghasilkan gambar-gambar yang lebih bermutu kelak.

Untuk melihat lebih lanjut mengenai hasil gambar kreatif En. Bazuki Muhammad boleh la ke www.bazuki.com & www.fotowarung.bazuki.com

0 comments:

Template by : kendhin x-template.blogspot.com