Thursday, August 21, 2008

Majlis Makan Malam Sekretariat Penerbitan 2008

Barisan VVIP

Yap: mangsa pertama kotak beracun

Sufi luahkan perasaan kepada Sara

Pesembahan terbaik

Bersama alumni publisher

Gambar kenang-kenangan Dinner Publisher

Majlis Makan Malam Sekretariat Penerbitan telah berlangsung dengan meriah sekali pada 20 Ogos 2008 di Dataran Melur, Kolej Tun Dr. Ismail. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran beberapa orang alumni publisher seperti Paan, Kupi (Yap), Sadao, Tong dan Kak Dila. Majlis dimulakan dengan ucapan pengarah majlis makan malam (Shiha) serta ucapan pengerusi Sekretariat Penerbitan (Qemek) dan diikuti acara makan malam. Majlis diteruskan dengan acara bertukar-tukar hadiah diselangi dengan permainan kotak beracun. Acara yang paling sensasi pada malam tersebut adalah pertandingan nyanyian oleh ahli sekretariat. Acara ini dimenangi oleh Soffizan yang mewakili meja 6. Turut membuat persembahan pada malam tersebut Singu, Paan, Zahir, Sufi, Irma, Qemek dan Shiha. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada alumni dan peserta-peserta yang membuat persembahan nyanyian pada malam tersebut. Majlis Makan Malam Publisher ini banyak meninggalkan kenangan kepada ahli sekretariat, lebih-lebih lagi kepada ahli sekretariat tahun akhir dan alumni. Majlis makan malam ini diharap dapat mengeratkan lagi hubungan antara ahli Sekretariat Penerbitan terutamanya kepada ahli-ahli baru.

Tuesday, August 19, 2008

Bengkel Fotografi 2008

Salah satu hasil suntingan En.Bazuki

Menjawab persoalan peserta

Singu (wakil KTDI) bersama En. Bazuki

Satu Bengkel Fotografi bersempena pertandingan dan pameran fotografi "Wajah-wajah Kemerdekaan" Interkolej 2008 telah diadakan di Kolej Kelima pada 18 Julai 2008. KTDI telah menghantar dua orang wakil (Singu & Cuki) sebagai peserta bengkel tersebut. Bengkel ini mengajar teknik-teknik serta peralatan (Lensa) yang sesuai digunakan mengikut keadaan dan situasi. Bengkel ini telah dikendalikan oleh tokoh fotografi terkenal, saudara Bazuki Muhammad (Photojournalist Reuters). Berpegang kepada moto "The Best Lens is My Eyes", beliau tidak lokek berkongsi pengalaman beliau sepanjang 20 tahun terlibat dalam dunia fotografi. Selain itu, beliau juga sempat menayangkan multimedia yang memaparkan 200 gambar terbaik yang berjaya disunting oleh beliau. Bengkel tersebut diakhiri dengan pertanyaan soalan oleh para peserta kepada beliau. Ternyata pengalaman serta ilmu yang ada pada beliau dapat membantu para peserta dalam menghasilkan gambar-gambar yang lebih bermutu kelak.

Untuk melihat lebih lanjut mengenai hasil gambar kreatif En. Bazuki Muhammad boleh la ke www.bazuki.com & www.fotowarung.bazuki.com

Monday, August 18, 2008

Publisher KTDI

Hi-Dinner 2007 @ Port Dickson
Hi-Dinner 2008 @ Melaka

Hi-Dinner 2009 @ Cameron Highland

(COMING SOON)



Template by : kendhin x-template.blogspot.com